2005
Mulanya ana mentah dahulu
Hati berdetik jiwa bertingkah
Gemersik shahdu mengusik kalbu
Sayang alunnya jauh terpisah
2006
Jejaklah kaki di bumi bertuah
Kocaklah hati mulanya mahu
Tawaflah warna menjejak langkah
Tulislah jiwa habis termangu
2007
Hijaunya daun sesuci aku
Mana datangnya tanya tak sudah
Bunga yang mekar layu di situ
Kembara hidup terus diredah
2008
Damainya pantai ombak mencelah
Setulus pasir puas berteleku
Batu berderai berdetak musnah
Kasihnya Qasir memandang pilu
2009
Seiring tawa hati bertemu
Mencari jejak kota yang basah
Sampai laut surut di bahu
Cukuplah masa mengota arah
Dedikasi buat mereka yang pernah hadir untuk sekian waktu.
Mulanya ana mentah dahulu
Hati berdetik jiwa bertingkah
Gemersik shahdu mengusik kalbu
Sayang alunnya jauh terpisah
2006
Jejaklah kaki di bumi bertuah
Kocaklah hati mulanya mahu
Tawaflah warna menjejak langkah
Tulislah jiwa habis termangu
2007
Hijaunya daun sesuci aku
Mana datangnya tanya tak sudah
Bunga yang mekar layu di situ
Kembara hidup terus diredah
2008
Damainya pantai ombak mencelah
Setulus pasir puas berteleku
Batu berderai berdetak musnah
Kasihnya Qasir memandang pilu
2009
Seiring tawa hati bertemu
Mencari jejak kota yang basah
Sampai laut surut di bahu
Cukuplah masa mengota arah
Dedikasi buat mereka yang pernah hadir untuk sekian waktu.
No comments:
Post a Comment