June 30, 2006

Hanya mimpi

Ku hanya mampu bermimpi
Segalanya tak mungkin jadi pasti
Apa yang aku harap tidak menjadi
Kini tinggallah aku kesepian lagi.

Tika sinar itu menerangi hidup ini
Aku bukan aku yang dulu lagi
Ku pasti itulah yang ku cari selama ini
Tiada apa lagi yang perlu aku ragui.

Namun kini ku pasrah menghadapi
Ku tahu inilah ketentuan dari Ilahi
Apa yang ku cita hanya tinggal memori
Sekuntum bunga kembang tak jadi.

Saat itu tak bisa aku lupai
Tak akan ku biar pisang berbuah lagi
Yang tlah terjadi biarkan berlalu pergi
Kerna aku yang dulu sudah kembali.

30 Mac-30 Jun

April 7, 2006

Ubub

Ibu..
Di kala suara tangisan memecah suasana
Dirimu tersenyum
Menarik nafas kelegaan
Melihat anakmu
Yang masih baru di dunia penuh pancaroba
Kesakitan yang kau tanggung
Sudah pun berakhir.

Ibu..
Tika insan lain tidur nyenyak
Dirimu setia di sisiku
Bersengkang mata menjagaku
Menghalau nyamuk yang berkeliaran
Tangan lembutmu menghayun buaian
Aku dibelai penuh kasih sayang

12 tahun telah berlalu
Kini aku mula meniti alam remaja
Namun, kasihmu tidak pernah pudar
Tabahnya dirimu mengasuhku
Mendidikku menjadi insan berguna
Sehingga aku menjadi aku yang sekarang.

Oh ibu..
Tidak terlafaz di bibir ini
Mengungkapkan ucapan terima kasih
Atas pengorbananmu selama ini
Tanpamu di sisi
Terasa sukar untukku menempuhi
Perjalanan hidup ini
Aku bersyukur ke hadrat Ilahi
Kerana dikurniakan ibu penyayang sepertimu
Moga dirimu dipanjangkan umur
Dan sentiasa di bawah naungan rahmat-Nya

March 18, 2006

Pertemuan kita

Teman
Setiap pertemuan ada perpisahan
Namun hati ini masih tertanya-tanya
Adakah selepas perpisahan
Tidak ada lagi pertemuan..
Teman, tahukah dikau
Betapa sukarnya diri ini
Menempuh cabaran kehidupan
Tanpamu di sisi
Betapa aku kecewa saat itu
Kita terpaksa berpisah
Jatimu Indera Kayangan
Sedangkan Darul Ehsan langkahku.
Saat perpisahan hampir tiba
Kau ingin menyatakan sesuatu padaku
Aku menanti penuh kesabaran
Tetapi lidahmu kelu
Perasaan sebak menguasai diri
Adakah kau juga merasai
Apa yang aku rasakan
Hanya tuhan yang mengetahui..
Kita tidak pernah rapat
Kau dengan teman-temanmu
Begitu juga aku
Namun, citarasa kita serupa
Kita sehati sejiwa
Kegemaranku adalah kesukaanmu jua.
Kata-katamu kadangkala
Menyakitkan hati
Kadangkala jua
Menggembirakan diri ini
Salah faham menjadi kebiasaan
Aku dilemparkan dengan tuduhan
Saat itu aku berkata
Aku bencikan dirimu.
Oh teman...
Aku cuma mengimbau kenangan lama
Ku tahu kau sudah berubah
Apa yang dapat ku katakan kini
Aku sudah boleh memaafkan dirimu
Walaupun luka lama masih berdarah
Baruku tahu
Aku memerlukan kehadiranmu di sisi
Cabaran datang silih berganti
Aku terpaksa mengharunginya sendiri
Setelah sekian lama
Kita perjuangkannya bersama.
Kini,
Aku cuma mampu berserah kepada-Nya
Biarlah Dia yang menentukan segalanya
PERTEMUAN KITA
Itulah yang aku harapkan
Ku ingin kau tahu
Betapaku rindukanmu, temanku
Kenanglah daku sebagai kawan, rakan dan temanmu
Dengan izin Allah kita pasti bertemu...

March 11, 2006

Guruku

Ketika aku mula melangkah
Memasuki kawasan sekolah
Berdebar-debar hati ini
Apakah yang bakal aku lalui
Tiba-tiba aku terlihat wajah itu
Tersenyum melihat diriku
Penuh persoalan di hatiku
Rupanya itulah insan
Yang bakal aku panggil guru.

Di kala teman lain sedang bergembira
Aku hanya duduk memerhati
Datang insan tadi tersenyum ceria
Menghalau sepi dari hati ini
Hari demi hari begitu bermakna bagiku
Dadaku semakan banyak diisi dengan ilmu
Ilmu yang bakal menentukan arah tujuanku
Ilmu yang bakal menjadi cahaya kehidupanku.

Guruku..
Dirimu insan mulia
Tidak pernah kenal erti letih dan jemu
Dirimu bagai api lilin yang menyala
Menerangi hati-hati anak bangsamu.

Oh tuhan,
Tabahkanlah hati ini
Berkatilah segala ilmu yang telah ku pelajari
Rahmatilah para guru yang telah mencurahkan bakti
Moga mereka dikurniakan ganjaran di akhirat nanti..

January 27, 2006

Seloka 6 AB

Assalamualaikum pembuka bicara
Ini 6 AB punya cerita
13 puteri, 10 putera
Pelbagai ragam pelbagai gaya

Bonda kami Puan Roselina
Manis senyumannya bertudung kepala
Kebersihan kelas paling utama
Kalau tak, kena dendalah jawabnya

Zul merangkap ketua kelas
Orangnya cekap menjalankann duty
Hakimah pula penolong ketua kelas
Orangnya rajin dan ramah sekali

Ketua pengawas kita, Atif namanya
Suaranya merdu tidak terkira
Masuk tilawah mesti johan punya
Membuatkan seisi sekolah berasa bangga

Olahragawan sekolah Safwan namanya
Olahragawati, kalau bukan Atiq, siapa..
Bab sukan tahu segalanya
Memang sepadan bila berdua

Bariah dan Liyana sahabat baik
Ke mana pun asyik berdua
Nu'man dan Amir pakar Sains dan Matematik
Kalau tak faham, rujuklah mereka

Omar pula tak banyak cerita
Pendiam dan pemalu orangnya
Irzat lain pula halnya
Asyik-asyik bola, bola, bola..

Fadhli nama diberi
Menjadi badut kelas kami
Berjenaka memang dah jadi hobi
Buat orang tak kering gusi

Aliaa dan Syarah pandai bergaya
Menyanyi memang hobi mereka
Umi Azza dan Umi Kalsom banyak persamaannya
Dalam kelas pandai bercerita

Dikatakan poyo dia tak kisah
Aiman tetap dengan muka selamba
Kalau melukis taklah susah
Sebab Sufian banyak idea

Dua sekawan cute orangnya
Atiqah dan Wan nama mereka
Salehah dan Amalina manis orangnya
Tapi kalau gelak tak ingat dunia

Hazira pula dah pening kepala
Sampai tak tidur malam dibuatnya
Perah otak, cari ayat buat seloka
Seloka untuk rakan-rakan tercinta

Kepada rakan-rakan yang dirindui
Diharap jangan berkecil hati
Seloka ini sekadar luahan hati
Buat kenangan di kemudian hari

Wahai saudara dan juga saudari
Semoga kita dapat bertemu lagi
Simpanlah segala memori dalam hati
Semoga persahabatan kita kekal abadi..