January 27, 2006

Seloka 6 AB

Assalamualaikum pembuka bicara
Ini 6 AB punya cerita
13 puteri, 10 putera
Pelbagai ragam pelbagai gaya

Bonda kami Puan Roselina
Manis senyumannya bertudung kepala
Kebersihan kelas paling utama
Kalau tak, kena dendalah jawabnya

Zul merangkap ketua kelas
Orangnya cekap menjalankann duty
Hakimah pula penolong ketua kelas
Orangnya rajin dan ramah sekali

Ketua pengawas kita, Atif namanya
Suaranya merdu tidak terkira
Masuk tilawah mesti johan punya
Membuatkan seisi sekolah berasa bangga

Olahragawan sekolah Safwan namanya
Olahragawati, kalau bukan Atiq, siapa..
Bab sukan tahu segalanya
Memang sepadan bila berdua

Bariah dan Liyana sahabat baik
Ke mana pun asyik berdua
Nu'man dan Amir pakar Sains dan Matematik
Kalau tak faham, rujuklah mereka

Omar pula tak banyak cerita
Pendiam dan pemalu orangnya
Irzat lain pula halnya
Asyik-asyik bola, bola, bola..

Fadhli nama diberi
Menjadi badut kelas kami
Berjenaka memang dah jadi hobi
Buat orang tak kering gusi

Aliaa dan Syarah pandai bergaya
Menyanyi memang hobi mereka
Umi Azza dan Umi Kalsom banyak persamaannya
Dalam kelas pandai bercerita

Dikatakan poyo dia tak kisah
Aiman tetap dengan muka selamba
Kalau melukis taklah susah
Sebab Sufian banyak idea

Dua sekawan cute orangnya
Atiqah dan Wan nama mereka
Salehah dan Amalina manis orangnya
Tapi kalau gelak tak ingat dunia

Hazira pula dah pening kepala
Sampai tak tidur malam dibuatnya
Perah otak, cari ayat buat seloka
Seloka untuk rakan-rakan tercinta

Kepada rakan-rakan yang dirindui
Diharap jangan berkecil hati
Seloka ini sekadar luahan hati
Buat kenangan di kemudian hari

Wahai saudara dan juga saudari
Semoga kita dapat bertemu lagi
Simpanlah segala memori dalam hati
Semoga persahabatan kita kekal abadi..

No comments:

Post a Comment