April 7, 2006

Ubub

Ibu..
Di kala suara tangisan memecah suasana
Dirimu tersenyum
Menarik nafas kelegaan
Melihat anakmu
Yang masih baru di dunia penuh pancaroba
Kesakitan yang kau tanggung
Sudah pun berakhir.

Ibu..
Tika insan lain tidur nyenyak
Dirimu setia di sisiku
Bersengkang mata menjagaku
Menghalau nyamuk yang berkeliaran
Tangan lembutmu menghayun buaian
Aku dibelai penuh kasih sayang

12 tahun telah berlalu
Kini aku mula meniti alam remaja
Namun, kasihmu tidak pernah pudar
Tabahnya dirimu mengasuhku
Mendidikku menjadi insan berguna
Sehingga aku menjadi aku yang sekarang.

Oh ibu..
Tidak terlafaz di bibir ini
Mengungkapkan ucapan terima kasih
Atas pengorbananmu selama ini
Tanpamu di sisi
Terasa sukar untukku menempuhi
Perjalanan hidup ini
Aku bersyukur ke hadrat Ilahi
Kerana dikurniakan ibu penyayang sepertimu
Moga dirimu dipanjangkan umur
Dan sentiasa di bawah naungan rahmat-Nya

No comments:

Post a Comment